Apa yang menjadi persoalan kami ialah bagaimana seorang rakyat tempatan yang sudah hidup sini sehingga lebih separuh abad, berbangsa Sino-Kadazan (Bumiputera), kehilangan I/C nya lalu mendapat I/C baru berstatus penduduk sementara (tak kira status tetap atau sementara, keadaannya sama saja iaitu bukan warganegara). Ini semua kerja orang gila lah ni. Persoalan lain berkaitan, apa pula fikiran pegawai JPN yang memberikan I/C berstatus begitu kepada si Gaman ini? Lalu kepada orang asing pula tidak dicari maklumat secara 'detail'nya tapi terus diberi I/C warganegara. Cubalah bayangkan kalau pegawai ini yang mendapat I/C berstatus penduduk tetap atau sementara walaupun dia yang warganegara, apakah tindakan yang akan dibuatnya? Mesti jadi tajuk berita utama Utusan Malaysia punya. Bila si Gaman ini buat laporan media, adakah sudah diambil tindakan oleh pegawai atasan ke atas perbuatan pegawai bawahannya? Adakah ini yang dikatakan terlebih cekap sehingga tersilap pandang dan tersilap isi status dalam borang? Saya percaya ramai lagi pegawai JPN yang yang betul-betul buat kerja. Ada baiknya, tindakan yang amat tegas dikenakan ke atas pegawai yang terlibat dengan kes ini. Kiasannya ialah, ranting yang buruk dan berpenyakit patut dicantas supaya pohon sebatang itu bebas daripada penyakit. Jika tidak, bagaimanakah masyarakat akan mempercayai lagi dengan jabatan pendaftaran kita. Bagi saya, memang patutlah apa yang disuarakan oleh MP dan Adun Sabah tentang pengarah pendaftaran negeri yang mesti diberikan kepada orang tempatan. Namun, ada juga orang tempatan yang suka ambil kesempatan. Tapi dari segi logiknya kalau mengikut Perjanjian 20 Perkara tentang Borneonisasi, itulah tindakan terbaik buat Sabah. Kita hormat dengan pegawai dari Semenanjung, tapi akhirnya mereka akan kembali juga ke tempat asal.
Kadang-kadang kita hairan juga dengan gelagat pegawai-pegawai pendaftaran kita ni. Jawatan tak seberapa, tapi mengalahkan pengarah pula sikap acuh tak acuhnya terhadap orang awam. Namanya sudah pegawai awam untuk berkhidmat kepada awam. Tapi ada juga yang tidak tahu melayan orang awam yang berurusan dan pandai marah-marah pula tu. Saya teringat satu peristiwa di Keningau beberapa tahun dulu. Kebetulan I/C saya ketika itu belum ditukar kepada MyKad. Saya datang ke pejabat JPN untuk membuat pengesahan salinan I/C. Saya sangka akan dilayan dengan sopan, rupanya dianggap macam orang tak guna pula. Agaknya kerana dia tidak mau sahkan salinan I/C lama dan mau salinan MyKad saja. Tidak disahkan bukan menjadi soal, tapi sikap pegawai tu yang menjadi soal. Mungkin dia melihat saya macam orang kampung yang tak berpelajaran lalu tidak melayan lagi bila saya minta penjelasan. Kalau nak dikira soal jawatan atau gaji, rasanya gaji saya dua kali ganda lebih besar daripada pegawai tu. Saja lah tidak memakai pakaian yang terlebih smart. Orang kata, ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.Agaknya pegawai kita tu suka pilih bulu, sebab salah satu faktor dia tidak melayan pertanyaan saya ialah pegawai itu sedang bercakap dengan seorang Tauke . Amboi-amboi.. Kita sebangsa tidak dipedulikan ketika itu, tapi bila ada masalah keluarga atau peribadi, bangsa kita sendirilah yang dicari dan dirayu untuk meminta tolong. Memang dasar kacang lupakan kulit. Kalau setakat tertinggal kulit tu tak apa lah. Bukan salah Tauke tu pun.. yang salah tu pegawai la.
Oklah.. kita berhenti di sini. Jumpa lagi..